Hello and assalamualaikum..
Hari ni nak share info berkaitan tajuk kat atas tuuu...
Apakah itu Ovary Cyst (dipetik dari Blog Prof. Dr. Hamid Arshat)
Ramai orang bingung tentang jenis2 cyst dalam kilang ovary, mana satu
yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak
benih dan peranakan (endometriosis) dan yang bolih hilang tanpa rawatan
(follicular cyst).
Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary.
Mengapa ia digelar cyst? Sebabnya tumbuhan in mesti mengandungi
cecair/fluids, samaada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid ,
minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin
jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll..
Jenis-Jenis Cyst
1. Follicular cyst . mengnadungi air, bermula sebagai karung telur tetapi
tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi
5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan.
Tidak perlu dibedah.
2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telur yang telah
pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk
menguatkan kehamilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan
tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana
biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.
3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari
follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah
dan darah melimpah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu
pembedahan cemas..
4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah
secara cemas.
5. Endometriotic
cyst of ovary - mengandungi
darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.
6. Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak
dan lemak, rambut, cartilage, gigi atau tulang. Perlu dibedah.
Sekian...
Truly,Madly,Deeply
0 wartawan:
Post a Comment
- Hello Yellow..
- Sila tinggalkan komen anda disini..
- TQ sebab sudi tinggalkan jejak anda..
- Rajen2lah singgah blog ini selalu ok.. xOxO~