Wednesday 9 November 2011

Apakah Itu Ovary Cyst


Hello and assalamualaikum..


Hari ni nak share info berkaitan tajuk kat atas tuuu...




Ramai orang bingung tentang jenis2 cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakan (endometriosis) dan yang bolih hilang tanpa rawatan (follicular cyst).

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst?  Sebabnya tumbuhan in mesti mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll..


Jenis-Jenis Cyst

1. Follicular cyst . mengnadungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.

2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.

3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melimpah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas..

4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.

6.  Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage, gigi atau tulang. Perlu dibedah.



Sekian... 



Truly,Madly,Deeply

0 wartawan:

Post a Comment

- Hello Yellow..
- Sila tinggalkan komen anda disini..
- TQ sebab sudi tinggalkan jejak anda..
- Rajen2lah singgah blog ini selalu ok.. xOxO~

 

Copyright © 2011 Reserved to It's A Fallen Star Design with love by CikBulat