Hello and Assalamualaikum..
Info terkini hasil dari blogwalking harini.. Sumber dikutip dari sebuah laman web ni..
Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system
reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi
kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
·
Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
· Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami
PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap
PCOS.
Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang
dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
· Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang
mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
· PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan
budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit
keturunan.
· Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama
lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk
dibuat.
· Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil
ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan
pada muka dan keguguran rambut.
· Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami
sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
o Haid yang tidak
teratur atau tiada ovulasi
o Tahap hormon androgen
yang tinggi, atau
o Polycystic Ovari
· Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari
kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
· PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti
disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi,
kegemukan dan masalah kanser rahim.
· PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada
ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan
sendirinya.
· Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak.
Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
Truly,Madly,Deeply
0 wartawan:
Post a Comment
- Hello Yellow..
- Sila tinggalkan komen anda disini..
- TQ sebab sudi tinggalkan jejak anda..
- Rajen2lah singgah blog ini selalu ok.. xOxO~