Wednesday, 16 November 2011

POLIP RAHIM / UTERUS


Hello and Assalamualaikum...

Kali ni nak bagi info mengenai POLIP RAHIM / UTERUS.. Sume info ni dapat dari blog Dr. Adilah (my gynae).. Credit to her.. Gambar pulak adelah hak milik sendiri.. Hurm tu la contoh POLIP yg ade kat tengah2 my rahim.. Dem! Cukup je duet nanti, akanku nyah kau dari situ!

Ni lah polip tu.. kecik je.. 

Ok.. Ni setelah zoom.. 1.32cm..
1. Polip bolehlah diibaratkan seperti untaian daging lebih pada kulit kita. Cuma, polip berada seperti bonggolan ataupun buah bertangkai yang muncul pada pada permukaan dalaman dinding rahim (yang dikenali sebagai endometrium). 

2. Polip yang berasal daripada endometrium dinamakan polip endometrium. Selain itu, polip juga boleh berasal daripada tisu otot dinding rahim eg polip fibroid, dan polip serviks 

3. Polip boleh bersaiz sekecil beberapa mm atau sebesar beberapa sm. Polip yang kecil lazimnya tidak menimbulkan masalah tetapi polip yang lebih besar pula boleh menyebabkan masalah kesuburan atau keguguran. Selain itu, polip juga boleh menyebabkan pendarahan haid berpanjangan ataupun pendarahan selepas menopaus sehingga memerlukan penyiasatan lanjut bagi mengecualikan ianya bukanlah kanser (masalah pendarahan juga merupakan petanda kanser rahim).

4. Polip bukanlah kanser. Tetapi simptom pendarahan polip boleh menyerupai simptom pendarahan kanser endometrium

5. Mengapakah adanya polip? Polip boleh membesar dengan rangsangan hormon estrogen. Maka, ia lebih lazim didapati dalam wanita yang berbadan obes (kerana lemak berlebihan membentuk estrogen), sesetengah produk juga dikhuatiri mengandungi bahan steroid yang boleh bertukar kepada estrogen. Begitu juga dengan ubat berhormon estrogen ataupun sebaliknya anti-estrogen (thru negative feedback)

6. Menggunakan ultrasound transvaginal (TVS), polip dapat dilihat dengan jelas. 

7. Polip yang kecil dan tidak memberikan simptom tidak perlu dirawat.

8. Rawatan polip boleh secara histeroskopi yang dapat menampakkan polip (imej melalui teropong kamera dan dilihat pada monitor), pada masa yang sama, polip dapat dipotong dan dibuang.





Truly,Madly,Deeply

0 wartawan:

Post a Comment

- Hello Yellow..
- Sila tinggalkan komen anda disini..
- TQ sebab sudi tinggalkan jejak anda..
- Rajen2lah singgah blog ini selalu ok.. xOxO~

 

Copyright © 2011 Reserved to It's A Fallen Star Design with love by CikBulat