Wednesday, 9 November 2011

Happy Thursday...


Hello and Assalamualaikum..

Mulakan hari ini degan senyuman.. Semoga hari ni lebih baek dari hari yg lepas2.. Problem pon dah settle.. So harap2 result doc nanti semuanye positif.. Anyway, selepas doc sahkan aku adalah diantara wanita yg menghidapi PCOS, aku pasrah je.. Tawakal dan berharap tuhan sedang menguji.. Memang kebelakangan ni makin ramai perempuan menghidap PCOS.. Taktaulah ape faktor terjadinye sindrom but maybe pemakanan kot.. Yelah, org dulu2 makanan dorang takde byk pewarna, perasa, asid itu, asid ini... So kuranglah kot.. But lately, semakin menjadi2.. Kalaulah aku tau aku ade PCOS ni, dari anak dara aku dah start jumpe doc.. Tp takpelah masih belom terlambat.. Now, bile dah makan ubat, hopefully cycle period jd ok balik.. For those yg ade simptom2 period tak regular, kejap datang, kejap tak datang, kejap ok, kejap 2,3 bulan baru datang, better u all pergi check doc.. Better doc sakit puan.. Sebab period ni memang kena keluar each month kalau tak pregnant.. Kalau darah tu tak keluar, dia akan berkumpul kat ovari kita. Benda ni yg mengakibatkan cyst.. Jgn tunggu lama2 baru nak jumpa doc.. Sebab doc akan bagi kite makan ubat and effect ubat ni bukan boleh bagi kesan serta merta.. It takes sum time.. So, nasihat for those yg ade period problem, cpt2 jumpa doc ok.. Kalau period 2 or 3 bulan sekali pon pergi jugak jumpa n jangan berharap yg period tu akan turun dengan sendirinya.. Kena jumpa doc, makan ubat n paksa period tu turun so that takdelah darah tu berkumpul kat ovari kita.. Oklah sampai sini dulu.. Nak pulun buat assignment.. This week ade class.. Ohsem!


Truly,Madly,Deeply

Today Is D-Day...



Assalamualaikum n hello..
(Menaip dengan pantas sebab entry harini agak panjang.. Fuhh... Patah jari mak!!)

Today is the day..  Agak tak sabar nak jumpe Dr Adilah.. Esaited ni sebab name kami same.. Boley?? So after lunch tadi, aku dgn gulegulehati shoot ke Pusrawi... Disebabkan sampai awal, so kitorang lunch dulu.. Dalam pukul 2.30 kitorang masuk Pusrawi.. Buat registration n tggu doc panggil.. Dupdapdupdapp la jugak tapi malas nak layankan.. 2kali ok pegi toilet buang air.. Apekah?? Bhahahaha.. Atlast, name pon dipanggil.. Dupdapdupdap lagi tp arghhhhh... Ignore je.. 1st time jumpe doc ni.. Nice looking + baek + friendly.. Memang sgt2 comfy berbual dgn dia.. Highly recommended!

Ok.. Then kami pon sembang2 dgn doc n aku cite pe masalah aku kat doc tu.. Pasal period tak regular n macam2 lg.. Aku tunjuk sekali jadual period ak for year 2010 dgn 2011 for her reference..  From jadual tu, dia detect ak ade PCOS.. Atoiii.. Tapi dia kate kalu nak tau lebih lanjut kena buat Vaginal Scanning dulu.. Then kami decide buat V Scan terus time tu jugak.. 1st time buat procedure ni, agak nervous la kan tapi layankan je sebab keinginan nak tau ape problem dalam badan ni terlalu tinggi.. Huhuhuhu... Ape doc suro buat, aku layankan je.. Buang perasaan negatif tu jejaoh.. Ok..  Sambung balik.. Doc tunjuk rahim kat screen tu.. Rahim ok.. Cantik katenye.. Menghadap pundi kencing which is mean it’s at the right place.. Legaaaa...

Next.. Rod digerakkan ke ovari belah kanan.. Ok.. Ni part yg tak best.. Doc detect ade 3 small spot and aku terus ckp dalam hati.. OMG it’s cyst.. Tenangkan diri.. Seterusnye, rod digerakkan ke ovari sebelah kiri.. Ok same.. ade 2,3 spot kaler itam.. Tapi kecik saje.. Harap2 xmembahayakan..  So confirm doctor ckp aku menghidap PCOS with Follicular Cyst.. Walaupun sedih sket tapi hati terus beransur lega.. Atleast, aku dah tau ape penyakit dalam badan ni.. Takdelah terkapai2 tercangak2 pikir kenapa period aku tak regular..

Seterusnya, doc suroh buat ujian darah untuk tau sejaoh mana keseriusan PCOS ni.. Dan aku berharap dan terus berharap moge2 takde pape yg serius la.. Takottt wooo.. Resultnya kena tunggu 7 hari dari tarikh harini which is mean on 16th adalah 2nd appoinment aku.. Doc prescribe ubat clomid dos 50mg sahaje makan b4 bedtime utk 5days.. Lagi satu doc bagi Folic Acid 5mg kne makan after taking breakfast for a month.. So, itulah sahaje untuk 1st appoinment ni... Pasni nak jage makan, nak makan byk sayur, byk buah.. Tanak makan mekdi, tanak makan kepsi!!! Say NO to Fast Food.. Titik! 

(Notakaki : Legaaa yg tersangat2 bila dah tau ape penyakit yg ada.. Berbelah bahagi jugak nak pergi jumpe doc tapi setelah discuss dgn kawan2 yg dah bpengalaman, aku pegi gak check.. Ade yg cakap, “Alaa baru 5 bulan kawen takkan nak jmpe doc..”.. Tapi aku gagahkan jugak.. And finally dapat tau ape problem aku.. And doc pesan, bagus jumpe awal2 so that kite boleh monitor benda ni.. Alhamdulillah terjawab sudah sume psoalan sbelum ni.. Oklah, penat menaip.. Sekian...~)


::P/S : Gambar honeymoon Krabi n Langkawi takdapat nak upload lagi bcuz external hardisk buat perangai.. Laterrrr...::



Truly,Madly,Deeply

PCOS (Polycystic Ovarian Disease)


Hello and Assalamualaikum.. 
Info terkini hasil dari blogwalking harini.. Sumber dikutip dari sebuah laman web ni..

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS

Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

·         Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
·    Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
      Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
·     Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
·       PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
·   Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
·      Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
·       Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:

o    Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
o    Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
o    Polycystic Ovari

·       Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
·     PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
·     PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
·      Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.



Truly,Madly,Deeply

Apakah Itu Ovary Cyst


Hello and assalamualaikum..


Hari ni nak share info berkaitan tajuk kat atas tuuu...




Ramai orang bingung tentang jenis2 cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakan (endometriosis) dan yang bolih hilang tanpa rawatan (follicular cyst).

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst?  Sebabnya tumbuhan in mesti mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll..


Jenis-Jenis Cyst

1. Follicular cyst . mengnadungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.

2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.

3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melimpah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas..

4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.

6.  Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage, gigi atau tulang. Perlu dibedah.



Sekian... 



Truly,Madly,Deeply
 

Copyright © 2011 Reserved to It's A Fallen Star Design with love by CikBulat